Apr 21, 2009

Mainan syaitan

Kita bersaksi bahawa tiada Ilah yang disembah melainkan Allah,
Kita bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Entah macam mana tersesatlah akan daku dalam mahligainya seorang figura politika yang teramatlah masyhurnya hingga ke tanah Antartika gamaknya.
Tersesatlah akan daku jua ke kawasan tersorok mahligai itu.
Aku jumpa sekelompok anak-anak miripnya dari Slumdog Millionaire dikurung dan dikejami.
Juga, bininya Ungku Aziz, turut dikejami.
Ah!!! Mana logikanya??!!!
Pesan mereka, segeralah cari jalan keluar selamatkan diriku.
Tapi, terkantoilah akan daku oleh beliau.
Berkerusi rodalah pulak beliau, lagak Prof. X dalam X-Men.
Aku mati akal, lalu segera kuhentak akan perabot yang berdekatan dengan sekepal penumbuk.
'Saya tak takut! Sebelum saya tersesat kat bilik kurungan ni, saya ada contact abi saya, dan saya ada terselit dalam rakaman pemberita waktu wawancara 'live' kau tadi. Kalau aku hilang, memang satu Malaya dengan dunia tahu aku hilang kat rumah ko.'
Begitulah lebih kurang...
Dan terjagalah akan daku, dalam peluh dingin kesuspenan.

Sebuah lagi trauma politik-ku. Dulu di Malaysia, waktu isu sumpah laknat, kita termimpi terjah Parlimen, minta izin Tuan Speaker Dewan dan terus sound sama SEMUA Members of Parliament.

Udah-udahlah tuh berkecoh-kecohan.Tak tenang rakyat nak tidur.
Malas nak layan politik 4K kecoh-kotor-kusut-korup.
*geleng kepala*

Sila lihat surah al-Mu'minun, surah ke-23 yang sempat kita baca dalam riuh geser roda metro dengan landasannya, lebih kurang beberapa minggu lepas:

Ayat 24: Maka berkatalah para pemuka...
Ayat 33: Dan berkatalah para pemuka...
Ayat 46: ..... dan para pemuka...

Tertariklah kita akan kisah-kisah dalam surah ini, asyik dok mention, para pemuka (aka ketua) berkata itu-ini..
Juga, dalam ayat 24 & 33, kalimah pemuka-pemuka dalam Arab ialah 'ma-la-u' (mim baris atas - lam baris atas - hamzah baris depan). Kalau tambah N kat hujung, tak ke bunyinye malau-N.

Tak kisahlah ketua kelas ke, ketua dorm ke, ketua keluarga ke, pengetua ke, ketua gang ke, ketua persatuan ke, ketua kelab ke, ketua pertubuhan ke, ketua negara ke hatta ketua kampung jua, besarlah amat tanggungjawabnya!

Wajiblah jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan! Mudah-mudahan jadilah anda ketua yang hebat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz sampai tiada seorang pun layak terima zakat. Makmur tahap maksima tuh!

Jangan tolak tepi al-Quran dan as-Sunnah, takut-takut terjadi malaun seperti yang disebut dalam surah al-Mu'minun itu, iaitu para pemuka kaum Nuh, kaum 'Ad dan kaum Fir'aun. Nauzubillahi min zalik!

Sedemikianlah sedikit buah pemikiran yang terpekasam di dalam kepalanya kita sejak terbaca akan surah itu, lebih-lebih lagi dikezutkan dengan mainan syaitan laknatullah itu pagi tadi.

Wallahualam...

1 comment:

WHO ARE WE? said...

Keep up the good work little one. =)

with ya 110%